Kita selalu baject (somi ke, tunang ke, kekasih ke) yg kita syg tu tak akan berlaku curang pd org lain.
Tapi kita ni, sbg manusia adalah lumrah untuk suka dan lebih tertarik pada sesuatu yg baru dari yg sedia ada kn? Pada pandangan aku la, walaupun dh sah jd somi isteri pun tlgla jgn letak kepercayaan korg tu sampai 110%, sbbnya klu korg giler punye syg dia 110%, adakah dia pun begitu?
Jawapan aku..
<<< Nehiiiii..... >>>
Oleh itu, aku nk bg tips-tips kt korg cmne nk bau dan jerjak kekasih yg curang nie..
1) Sorok telefon dari pasangan
Ini mmg selalu berlaku kn?
24 jam dgn telefon, mandi pun dgn hp, makan pun dgn hp, tido pun dgn hp.
Nk charge hp pun siap sorok-sorok lagi koooo...
Ingatkn surprisedla, kot-kot nk bagi present hp baru ke, ghupe2 nyer dorg nie ada scandal baru atau berhubung balik dgn “X” .
Tak kisahla melalui sms ke, panggilan telefon ke mahu email sekali pun. Tapi itukah balasan yg korg dapat dari pasangan yg korg syg sgt2 tu??
Kuang! Kuang! Kuang!!!!
Aku pun pelik la, dh “X”, “X” la...tak perlu la nk revised balik hubungan yg dh terputus tu.
Past is past la, jgn ganggu dh...tp manusia skrg ni, yg tak boleh tuela yg depa nk buat..
Tapi klu bertepuk sebelah tangan pun takkan berbunyi klu tak melayan jugak kn, betol tak?
tepuk dada tanyala iman!!!
Lagi satu, bg aku la mmg standard wat, klu pasangan nk checking-checking hp pasangan masing2.
Sudah tebiat org bercinta la kot kn? Klu si dia jujur dan ikhlas mencintai korg, tak perlu risau dan takutla wehh! nape perlu takut untuk benarkn pasangan belek telefon korg?
Sbb takut rahsia kecurangan terbongkar ke???
Tetapi sekiranya, si dia berkeras tak mo hp nya di belek oleh korg,
maka you all's bersiap sediala...fizikal dan mental!!
Ecehh, mcm pergi berperang la pulak kn?
mmg korg akan berperang dgn air mata & jiwa yang kacauuuu!!
End up, ko jugak yg meroyan bagai nak rak..tp si dia happy giler dgn new life & new person..
silap ari bulan, dpt wedding card
so dat’s why aku tak saran korg bg komitmen sampai 110% okeh!!
Dgr ckp kakak ko ni..
2) Si dia menjadi Panas Baran
Hahh, yg nie mmg kerap!!
Memang sengaja nk cari kesalahan org, walaupun sbnrnya dia yg wat hal dulu. Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan korg yang paling kecik pun seolah-olah besar baginya dan korg sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.
Walaupun korg cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan korg. Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun ko disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.
Jika situasi ini berlaku, lebih baik ko tinggalkan je kerana sudah jelas dia dah tak lagi menghargai ko sebagai kekasihnya. Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian korg terhadapnya dan berharap korg akan meninggalkannya.
Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan korg menderita je..
3 ) Tidak lagi rajin menelefon anda
Dulu, ms bercinta asyik menelefon ko jer kn sampai 20-30 kali dalam satu hari.
Sanggup tukar duit syiling berpuluh hinggit sbb nk gayut dgn ko. Kene gigit dgn nyamuk pun tak apelah!! asal dpt dgr sore korg tu.
Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon ko walau untuk bertanya sudah makan atau belum.
uhhhhhh.......so romantik kn???
Jika satu hari tidak mendengar suara ko, pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon langsung. Ko pulak yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan korg dan mungkin hanya akan kembali menelefon korg apabila ada kepentingan lain.
4) Menerima panggilan telefon secara rahsia
Sedang makan-makan bersama, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.
Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh korg. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari korg dan tidak hairan jika dia berlaku curang!
5) Marah apabila anda bertanya aktivitinya
Sebagai seorang kekasih, sudah pasti korg ingin mengetahui aktiviti si dia dikit sebanyak.
Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain guli sekali pun dengan rakan-rakannya di sebelah petang.
Pertanyaan ini bukanlah bererti korg seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat. Jika kekasih korg seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.
Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, korg pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap korg. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu korg mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!
oleh itu korg, sentiasala ambil langkah berjaga-jaga yer!
mak aku salu pesan..
"Woman must have their own money saving as a precaution..."
yerla, mana tau in future apa nk jadi kn?