Thursday, 15 December 2011

Tips hidu kekasih curang...!!!

Kita selalu baject (somi ke, tunang ke, kekasih ke) yg kita syg tu tak akan berlaku curang pd org lain.
Tapi kita ni, sbg manusia adalah lumrah untuk suka dan lebih tertarik pada sesuatu yg baru dari yg sedia ada kn? Pada pandangan aku la, walaupun dh sah jd somi isteri pun tlgla jgn letak kepercayaan korg tu sampai 110%, sbbnya klu korg giler punye syg dia 110%, adakah dia pun begitu?
Jawapan aku..

<<< Nehiiiii..... >>>

Oleh itu, aku nk bg tips-tips kt korg cmne nk bau dan jerjak kekasih yg curang nie..
1)      Sorok telefon dari pasangan
Ini mmg selalu berlaku kn?
24 jam dgn telefon, mandi pun dgn hp, makan pun dgn hp, tido pun dgn hp.
Nk charge hp pun siap sorok-sorok lagi koooo...

Ingatkn surprisedla, kot-kot nk bagi present hp baru ke, ghupe2 nyer dorg nie ada scandal baru atau berhubung balik dgn “X” .
Tak kisahla melalui sms ke, panggilan telefon ke mahu email sekali pun. Tapi itukah balasan yg korg dapat dari pasangan yg korg syg sgt2 tu??

Kuang! Kuang! Kuang!!!!
Aku pun pelik la, dh “X”, “X” la...tak perlu la nk revised balik hubungan yg dh terputus tu.
Past is past la, jgn ganggu dh...tp manusia skrg ni, yg tak boleh tuela yg depa nk buat..
Tapi klu bertepuk sebelah tangan pun takkan berbunyi klu tak melayan jugak kn, betol tak?
tepuk dada tanyala iman!!!


Lagi satu, bg aku la mmg standard wat, klu pasangan nk checking-checking hp pasangan masing2.
Sudah tebiat org bercinta la kot kn? Klu si dia jujur dan ikhlas mencintai korg, tak perlu risau dan takutla wehh!  nape perlu takut untuk benarkn pasangan belek telefon korg?  
Sbb takut rahsia kecurangan terbongkar ke???
Tetapi sekiranya, si dia berkeras tak mo hp nya di belek oleh korg,
maka you all's bersiap sediala...fizikal dan mental!!
Ecehh, mcm pergi berperang la pulak kn?
mmg korg akan berperang dgn air mata & jiwa yang kacauuuu!!
End up, ko jugak yg meroyan bagai nak rak..tp si dia happy giler dgn new life & new person..
silap ari bulan, dpt wedding card
so dat’s why aku tak saran korg bg komitmen sampai 110% okeh!!
Dgr ckp kakak ko ni..

 
2)    Si dia menjadi Panas Baran
Hahh, yg nie mmg kerap!!
Memang sengaja nk cari kesalahan org, walaupun sbnrnya dia yg wat hal dulu. Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan korg yang paling kecik pun seolah-olah besar baginya dan korg sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.
Walaupun korg cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan korg. Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun ko disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.
Jika situasi ini berlaku, lebih baik ko tinggalkan je kerana sudah jelas dia dah tak lagi menghargai ko sebagai kekasihnya. Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian korg terhadapnya dan berharap korg akan meninggalkannya.
Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan korg menderita je..

 3 ) Tidak lagi rajin menelefon anda
Dulu, ms bercinta asyik menelefon ko jer kn sampai 20-30 kali dalam satu hari.
Sanggup tukar duit syiling berpuluh hinggit sbb nk gayut dgn ko. Kene gigit dgn nyamuk pun tak apelah!! asal dpt dgr sore korg tu.
 Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon ko walau untuk bertanya sudah makan atau belum.
uhhhhhh.......so romantik kn???
Jika satu hari tidak mendengar suara ko, pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon langsung. Ko pulak yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan korg dan mungkin hanya akan kembali menelefon korg apabila ada kepentingan lain.

4)  Menerima panggilan telefon secara rahsia
Sedang makan-makan bersama, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.

Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh korg. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari korg dan tidak hairan jika dia berlaku curang!

        5)  Marah apabila anda bertanya aktivitinya

Sebagai seorang kekasih, sudah pasti korg ingin mengetahui aktiviti si dia dikit sebanyak.
Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain guli sekali pun dengan rakan-rakannya di sebelah petang.
Pertanyaan ini bukanlah bererti korg seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat. Jika kekasih korg seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.
Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, korg pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap korg. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu korg mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!
 
oleh itu korg, sentiasala ambil langkah berjaga-jaga yer!
mak aku salu pesan..
"Woman must have their own money saving as a precaution..."

yerla, mana tau in future apa nk jadi kn?





Wednesday, 14 December 2011

Pagi yang lemauu

Arghhhhhhh....
malasnyala pagi ni nk pi keje
mood penat kerja smlm pun tak abis lagiii....

smlm terpaksa stay back sampai kol 9.00pm tlg boss siapkan tender clarification
hari nie dia ada tender presentation kt Jay Bee
aku, Ms Lim dan Riah gigih tolong boss prepare sume tu
dlm keadaan yg agak kelam kelibut
nasib dpt siapkn before 10.00pm

yang bestnyer, klu kene stay back pasal tender-tender nie..
dinner mmg provided!!
itu yg seronok.....ko order jerla nk mkn hape!!
semua ON!!

tp smlm kitorg decide suh boss tapaukn jer kt cafe sblh office Unty Nad
byk keje sampai tak boleh ber pk nk mkn ape
ko tgk betapa teliti nyer kitorg buat keje ;)
sib baik bujang, bolehla bertolak ansur jugak..

walaupun dlm hati ni sbnrnya rushing nk balik rumah tgk Cinta Elyssa last episod smlm

mmmmmmmm...
ape jadi erk...????





Tuesday, 13 December 2011

Bidan terjun as a Receiptionist

Bukan takde receiptionist kt office aku ni,
tp kakak tu pi bercuti , dan panggantinya pun bercuti..

maka akan wujudla sistem bergilir-gilir jd receiptionist kt office..
nasib baik tak lama hanya 1.5 jam to 2 jam,
tp kn aku rasa klu full day...mau nye tertido jugak aku kt bwh tu.
karang telefon ke mana, aku kt dunia mana....
alih2, boleh bungkus office ni klu dpt receiptinist mcm aku

yang dari Account Dept pun jd receiptionist
yang dari Audit Dept pun jd receiptionist
dari HR Dept pun jd receiptionist
dari Admin Dept pun jd receiptionist
dari Development pun jd receiptionis
dan akuuu...
dari Construction Dept pun jd receiptionist..


Klu sekali sekala ok la utk aku,
tapiiii klu kerap, mmg aku akan tolak dgn cara baik..
expecially beginning of the month mmg aku tersgt busy!!

Btw, besttttttt jugak dok bwh tu weh
sbbnyer freeeeee dr buat keje...
hihihihi...



Durians & Pulasan from Riah

Huhhhhh...
Sana sini semuaaa
Duriannnnnnn...
Duriannnnnnn...
Duriannnnnnnnnnnnnnnnnnn...
Nasib la org mcm aku ni,
dari kecik sampai dh ke tua bangka ni menetap kt bandar je
takde jumpa kebun buah-buah nie
klu tak silap atuk aku hanya ada kebun pisang jer.
rumah wak ada jugakla pokok rambutan dan durian,
tp dh anak beranak dia pun dh ramai,
mmg tak sempat la nk calling2 cousin yg jauh2 nie..

Oleh itu, kene beli jugak yer
Harammmmla nk mkn free-free nie,

Tp aku bernasib baik,
sbb smlm my collegue sudi nk bawa durian 7 biji ke office.
Katanya durian dari kebun opah dia kt rawang sana.
So dia text aku suh bawa parang
Jgn kata bawa parang,
klu di suruhnya bawa cangkul pun aku sanggup
demi durian punyer pasal...hehehe

Smlm jam kol 3.30pm sharp, kami ber3, siap roger2 lg ajak jom turun bawah kopek durian..
makan ber-5 (aku, nas, k.liz, kak eda, unty vijaya)
mmg sah kami ber-5 semua mmg antooo fighter durian!!
tp seronok, sbb mkn dgn free and easy, tanpa gangguan dari boss



Pagi ni, disusuli plak dgn buah pulasan dari Riah,


Hah, amik kooooo
Satu plastik dia letak kt meja aku pagi td....
tenkiuuuuuuu Riahh..


 

Apa nak buat jika kekasih anda melayan bekas kekasihnya kembali?

Pada aku senang jer!
dan klu benar terjadi pada aku sekalipun...
jgn harap aku nk pasrah.....
sbb pasrah itu merupakan aku menyerah...

1) Wujudkan scandal baru

- kn senang??
sila byk luangkan masa dgn scandal baru anda itu.
at least hati you alls berbunga-bunga kembali.
kisah yg lama klu dikenang mmg sakit hati
dan biarla ianya pergi walaupun tanpa direla..


2) Simbah Asid

 - haaaaaaa??
ada berani kaaa yincikk???
tp klu dah sampai sakit jiwa, silakannnnnn....
klu aku 50-50 nk buat benda cmni


3) Santau

- rasanya zaman sekarang, kes menganiaya org dh byk terjadi
malahan sedara aku sendiri pun dh terkena
tunang dgn org lain, tp last kawin dgn org lain
sampai skrg berkahwin dh dekat belasan tahun, tetap x de rezeki nk dpt anak
bila bawa berubat, katanya dh terkena..
Oleh itu benda cmtu, kita kene sentiasa berhati-hati yer!!
Bukan berhati2 pd perangau jer, malahan mulut pun kene ada filter okehh!!

4) Lempang laju-laju

- silakannnnnnnnnn......
itu pun klu korg beraniii...
klu boleh lempang depan org ramai lagi bagus!!
kah!kah!kah!!
and last but not least...

berkawan biar seribu,
berkasih biar empat,
setia pada yg satu,
tiga lagi buat spare part.